Di tengah kesibukan saya membuat kerja placement..saya terdengar bunyian guitar dari bilik sebelah (bilik Nana housemate saya) yang mendendangkan lagu 'Cerita Cinta' yang ditranslate ke Bahasa Melayu..haha... (Love Story by Taylor Swift).. Tiba-tiba saya terus 'click' kat laptop ni mencari source lagu sedap ini.. Saya suka lagu ini.. Entah sebab apa..
Ok macam ni.. Saya suka sebab...err...err...saya..err... err.. Oh tak patut dihabiskan ayat-ayat tersebut.. Biarlah ia menjadi satu konklusi (conclusion yang di'bahasa melayu'kan) yang menimbulkan kontroversi.. hoho..
Saya suka menonton cerita-cerita cinta yang 'matured'..ulang lagi sekali.. Bukan cerita cinta picisan dalam drama-drama murahan Melayu ataupun Indonesia... Oh tapi saya suka drama Nur Kasih..ala-ala cinta penuh tragis antara suami dan isteri.. Cerita Indonesia pulak, saya suka Ayat-ayat Cinta.. Oh memang saya typical perempuan Melayu Malaysia yang suka benda-benda macam ni.. Memang tak 'thrill'~~ Haha..ala-ala ayu gitu walaupun tak 'ayu'!!! (oh Mahfuzah dah 'budget' sekarang..stop ok!!)
Sejak dari dulu..saya suka menonton cerita-cerita cinta family yang menghiburkan..ada elemen cinta sket-sket..ada part-part yang membuatkan saya rasa 'Oh best nyeee jadi perempuan dalam cerita niii~~' OK!! Itu over! Saya tahu memang over pun~ Ini confession ok~
Ada movie yang diselitkan music yang membelai hati.. Oppss..'membelai'?? Apa maknanya?? Kira macam membuai-buai layan imaginasi la gitu.. Contohnya macam.. 'Oh alangkah bagusnya ada seorang putera raja yang baik hati dan 'down-to-earth' yang datang melamar diri ini..kemudian kami pun hidup bahagia bersama..'
Oh dear..sungguh tak logik!!! Hahaha..Mahfuzah memang macam ni~~ Biasalah bila umur dah 23 tahun ni.. Erk!! Alamak..dah 23 tahun!!!
Balik kepada bumi nyata.. saya rasa tak jumpa kot putera raja di zaman sekarang ni yang akan suka perempuan macam saya..uhuk uhuk uhuk (batuk manje gitu)..
Ahah!! Satu lagi confession...saya tak hingin pun nak kahwin putera raja mana-mana (confident je!!) . Sebabnya jika ada lelaki yang lebih baik dari putera raja, manakan saya mahu MENOLAK!!! Rugi kot!
Okay okay..dalam mencari dan memilih calon-calon untuk dijadikan suami.. Zaman sekarang ni, orang kate lebih elok guna orang tengah...ala-ala Baitul Muslim gitu.. Erm... erm...erm.... Erk..saya tak tahu nak comment pasal ni... Setiap orang ade prinsip masing-masing.. Terpulanglah.. Jika Allah tetapkan jodohnya daripada Baitul Muslim..apa salahnya kan?? Kan!!?? Itulah yang terbaik!!
Tapi...
Kalau nak cari sendiri cemana?? Macam saya...hehe..another confession dari hati.. Oh ye..bukanke Mahfuzah dah jumpa ke?? Hek hek hek... Satu tempoh pencarian yang sungguh panjang... Tempoh perkenalan yang sungguh panjang... Tempoh penetapan hati yang sungguh panjang juga... Oh harapan besar agar semuanya berkekalan...
Walaupun segalanya panjang belaka..saya faham Allah juga yang menentukan..
Lama juga untuk mengaku hati ini sudah dimiliki... [satu lagi confession dari hati]... Oh ye..tak nak mengaku hati sudah dimiliki bukan sebab apa..sebab nak 'budget' single la gitu... hohohoho... Okay, jangan tiru apa yang saya buat..
Sungguh banyak confession malam ini... saya rasa saya tulis benda ni secara random... Nanti bila saya buka balik entry ni mesti terkejut besar sebab saya yang tulis benda ni semua pada satu malam apabila otak sudah tepu dengan terminology paediatric OT!!!!
Yea rite!! Saya nak beradu sekarang.. Selamat malam Adiosss~~ LOGOSSS~~~
Wednesday, 18 November 2009
..a Love Story..
Tuesday, 17 November 2009
Time for Chitty Chitty Bang Bang
Oh ok..kat sekolah tempat placement saya sekarang, kanak-kanak istimewa tersebut sedang 'practice' drama musical adapted from movie kanak-kanak terkenal di zaman 60-an ' Chitty Chitty Bang Bang'
Time saya malas duduk buat kerja saya amek 15 minutes off pergi tengok mereka berlatih drama tersebut.. Ehhh..jangan main-main..pening jugak cikgu-cikgu nak ajar kanak-kanak istimewa ni berlakon..siap dengan berkerusi roda dan bertongkat sambil berlakon.. Best jugak tengok gelagat mereka..nak tergelak-gelak pun ada... hahahaha..
Satu perkara yang saya belajar dari kanak-kanak istimewa ini ialah..sentiasa saling hormat antara satu sama lain.. Itu perkara paling banyak ditekankan di sekolah ini... Regardless bagaimana rupa atau ke'istimewaan' kita, takwa kepada Allah adalah ukuran sebenar darjat kita di sisi Allah..
Silalah menonton sedikit sedutan daripada filem Chitty Chitty Bang Bang ini~~~!!! Dan cuba bayangkan bagaimana mereka berlakon cerita ini dengan powered wheelchair dan ada antara mereka bertongkat~~ Tiada yang mustahil!!!!
Friday, 13 November 2009
"Don't shut the doors and keep going"
Saya memandang ke arah timbunan buku di sebelah meja study saya.. Ahhh..banyak giler.. Letihnya..itu belum start buat kerja lagi.. Adeih..
Silalah menonton video ini... Inilah yang sebenarnya yang saya lakukan semasa di Placement di Special School kat sini.. Sebenarnya susah nak describe apa yang saya buat in a few words.. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu nak explain macam mana apa yang saya buat di sekolah.. terlalu banyak dan terlalu complex... tidak tercover semuanya... hehe...membebel pulak...
Di akhir video ini, 'plan' saya berbeza dengan orang dalam video ini.. Beliau mahu mencuba sesuatu yang baru dalam bidang lain..mungkin bagi saya, saya akan mencuba 'trick' baru dalam bidang yang sama... Kerana saya suka profession ini..
Selamat menonton..
Cara-cara untuk jadi GLAMOUR
Alhamdulillah sudah berminggu-minggu saya tiada masa untuk bersama diri sendiri... Terlalu sibuk..hoho...Macam-macam..sape yang tahu...tahulah.. hehhe..
This week ends dengan begitu bergaya...pelbagai dugaan-dugaan kecil datang mengganggu...termasuk ke'hilang'an handphone yang tidak disengajakan..
Kerja placement..Alhadmdulillah..semakin 'confident' dengan skills setakat ini... Nak 'impress' educator bukan perkara yang mudah.. Begitu jugak diadaptasi dalam hubungan kita dengan Tuhan kan.. Banyak benda kena buat untuk dapatkan semua itu....
Masa pergi ke Palmerston School di Barry semalam, sekolah yang saya pernah cerita sebelum ni... hehhe... Saya melalui kelas Kaine, budak comel berambut 'spiky' tu.. Hehe..dia nampak saya dan terus melambai-lambai ke arah saya.. Saya tunggu kat luar.. Kaine keluar dari kelasnya dan datang ke arah saya.. Hihi..comelnya budak ni..!!! Kami berbual-bual...kami berpegangan tangan... hehe.. Hopefully 'orang yang berkenaan' yang membaca entry ini tidak cemburu membayangkan kemesraan kami berdua.. uhuk uhuk..
Dan lagi satu episode yang menyayat hati yang berlaku di Erw Delyn Special School...
Saya amat rapat dengan seorang pelajar lelaki bernama Joe, percakapannya sungguh sukar untuk difahami..dan kerana itu dia masuk Speech Therapy session. Ada masalah vision jugak.. Range of Movement sungguh limited kerana ada 'increased muscle tones' around shoulders and arms... Joe ada Cerebral Palsy..excessive saliva yang keluar dari mulutnya memang sangat banyak..dan berbau.. Sungguh complex tentang Joe ini untuk diceritakan.. kalau cerita lebih-lebih nanti tak paham pulak..
Tapi dengan kuasa Allah, daya ingatan Joe sungguh kuat.. Sungguh jarang budak-budak ni dapat ingat nama saya yang susah disebut.. Kebanyakan mereka ingat 'appearance' saya yang bertudung, tapi tak ingat nama... Adeihh...sia-sia seyh pakai name tag bertulis
Occupational Therapy Student
Mula-mula saya tak dapat pick-up lagi... pastu tiba-tiba Joe yang memandu kerusi roda motornya sendiri muncul di belakang saya.. Dan ketika itu baru saya sedar yang nama saya dipanggil oleh Joe dengan penuh kesukaran nafasnya.. Joe menarik tangan saya...dan dia berusaha nak cakap sesuatu kepada saya tapi saya tak paham... Pastu dia depakan tangan dia , gaya-gaya nak memeluk saya.. Saya terharu...saya membalas.... (walaupun dalam hati saya..abesla baju aku busuk kena air liur budak ni....)
Dalam hati...rasa nak nangis... sebak pun ada.. setiap manusia ciptaan Allah sungguh unik.. Salah satu anugerah Allah kepada manusia ialah hati dan perasaan... Saya banyak belajar tentang makhluk ciptaan Allah yang pelbagai di dunia sementara ini.. Ini menguatkan keyakinan saya terhadap-Nya... Alhamdulillah kerana peluang yang sungguh berharga ini...
Placement kali ini sangat kena dengan jiwa saya... hehe.. Saya sangat suka!!!! Entah kali berapa saya cakap saya suka placement saya kepada semua orang termasuk KPM!!!!!! Hahaha...
Last weekend saya pergi Warwick..sebab ada talk bersama KPM specifically untuk final year students.. Sungguh berkesan talk itu kepada kami semua..KPM telah menanamkan semangat bahawa kamilah bakal guru Malaysia yang akan mencorakkan system pendidikan di Malaysia secara lebih effective dan creative hasil daripada pembelajaran kami di sini..
Saya yakin, budak-budak KPM mempunyai wawasan yang tinggi..bukan gelaran cikgu sahaja yang mahu dikejar.. Tapi title GURU CEMERLANG itu lebih menjadi target utama...
KPM memberi gambaran bahawa kerjaya sebagai guru adalah yang paling BEST setakat ini.. Pulangan yang sungguh lumayan di dunia dan akhirat... betul kan???
Ape kelas jadi cikgu!
Aku tak nak ar jadi cikgu, tak glamour arr
Mungkin itu antara perkara yang bermain di minda ketika kita mula-mula nak pilih kerjaya yang sesuai untuk kita lepas SPM kan???
Dan hakikatnya...selepas tamat belajar, kebanyakan daripada mereka apply untuk jadi cikgu melalui KPLI setelah berusaha mencari pekerjaan yang lebih glamour tidak berhasil...
Kenapa ya?? Ohh..dan mereka itulah yang menjatuhkan institusi perguruan kerana mereka jadi cikgu bukan kerana 'minat' tetapi kerana peluang pekerjaan yang semakin menghimpit.. Secara peribadi, saya lebih mengagumi cikgu-cikgu lepasan maktab perguruan berbanding cikgu 'celup' lepasan KPLI!! Kenapa??
Kerana naluri cikgu bukan boleh di'celup' tetapi ia lahir dari hati yang begitu cintakan profession ini~~ Saya akan menentang sekeras-kerasnya sesiapa sahaja yang mengutuk profession ini!!!
Oh ya!! Cuba lihat ke belakang semasa anda semua masuk Darjah 1....siapa yang ajar anda? Cikgu Abu..Cikgu Siti..Cikgu Ali..Cikgu Aminah... Mungkin mereka telah bersara sekarang..tapi adakah anda masih memanggil mereka dengan panggilan CIKGU??????
Jawapan yang pasti...YA!!!
Jadi cikgu untuk selamanya...
Orang cakap jadi cikgu tak glamour... Helloooooo.. Excuse me~~!! (Sila pronounce dengan gaya 'ooohhh-I-am-sooo-the-drama-queen')
Teacher's Day~~ itu sudah cukup untuk membuktikan pentas perguruan adalah bidang yang penuh dengan warni warni 'glamour'~~
Tak kira cikgu apa pun, mesti dapat hadiah kan?? Walaupun hadiah itu hanyalah sekadar sekumntum senyuman sehinggalah penghargaan sambutan. Bagi saya, hadiah paling berharga untuk diberi kepada guru ialah gelaran 'CIKGU' itu sendiri.. hehe..
Saya berpengalaman mengajar sekejap..dan pernah melalui detik-detik perpisahan di sekolah.. HUissh....banyak giler kot saya dapat hadiah daripada anak murid saya..haha.. Siap ade yang bagi gelang emas (ini real punya okay) !! Dan finally saya find out budak yang bagi gelang emas kat saya tu adalah anak tauke Emas di Jitra, tempat saya mengajar!!!!! Seriously, saya pun terkejut..tapi dalam hati gumbira tidak terkata..~~~~
Menjadi cikgu adalah satu 'KETAGIHAN'!!! Saya bagi analogy ini ... Seperti mana orang yang pernah makan 'AYAMLEMON' ..hehe..akan rasa nak makan lagi....hohohoo...
Sebelum saya abiskan ayat-ayat semangat cikgu saya ni...
Impian saya dalam profession ini bukan hanya menjadi GURU BIASA.. Guru SUPER... Guru CEMERLANG... Kehebatan seorang guru bukan hanya terletak pada kepandaian/excellent belajar Physics or Mathematics or Chemistry or Biology or Special Education... Tetapi adalah approach yang bagaimana nak ajar budak-budak itu.. Bagaimana nak tanamkan perasaan suka kepada subject yang diajar.... Kalau approach tak betul, pelajar takde semangat..pelajar benci subject itu..
Dan peranan guru adalah untuk timbulkan minat..
Satu lagi yang lebih penting.... GURU adalah contoh kepada pelajar... Bagilah nasihat kepada mereka tentang kehidupan..tentang akhirat..tentang akidah..tentang akhlak...tentang ibadah... Selitkan saja semua benda ini ketika anda mengajar.. Sahamnya..FUIYOOOO..lumayan beb!!!
Ganjarannya kita tidak nampak sekarang....hehe...
Okay-okay..saya tahu semua orang tak larat bace dah entry panjang ni.. Ni kira summary untuk minggu ni la ye..hehe...
Tuesday, 10 November 2009
"If you come back for your phone..."
Me'refer' kepada entry blog sebelum ini ... dengan gembiranya saya mengumumkan bahawa handphone saya telah dijumpai semula.. Benarlah kata-kata hati saya yang yakin bahawa saya meninggalkannya di Erw Delyn.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke OT department di Erw Delyn, saya terpandang handphone saya terbaring kaku di atas meja saya..hehe... Di sebelahnya bertulis sebuah nota,
" Mahfuzah, if you come back for your phone, please find it in the fling cabinet (the middle and bottom one)
E**hne (ni nama educator saya)"
Sungguh lega rasanya hati ini...
**********************************************
Sebenarnya semalam saya nak tulis pasal ....
Tak boleh la bagitau sekarang..sebab saya masih belum bersedia untuk menulis tentang itu...hehe... Tunggu ye.. Saya rasa letih sangat sekarang.. Lepas balik dari menyusun buku di library..
Kerja-kerja di library sungguh menyeronokkan.. di kala buku-buku habis disusun, saya menyulusuri rak-rak buku untuk mencari bahan-bahan untuk Research Porject saya..hehehehhe... Sambil bekerja sambil tengok-tengok buku...huhu..
Okay, saya nak tidor sekarang...esok ada Supervision bersama educator yang tersayang...
Nanti saya cerita pasal apa yang saya nak cerita semalam ye.. Mesti best punya.. Ramai yang akan view..saya pasti..heheehehee --> (Confident je!!)
Monday, 9 November 2009
Pulangkan handphone saya...
'Eh, kat mana yeh letak handset tadi?'
'Rasanya dah masuk dalam poket kot musim sejuk sebelum melangkah keluar dari Erw Delyn School'
'Eh, mungkin tertinggal dalam kereta Katie tadi kot'
'Erk..mungkin tertinggal dalam bus!!'
'Errm...rasanya tak pegang pun handset masa dalam kereta or dalam bus..'
Itulah ayat-ayat yang bermain di minda...hoho...buat kali keduanya, handphone saya hilang tanpa jejak di bumi indah UK ini... Tapi yang pertama, dapat jumpa balik sebab orang Malaysia yang menjumpainya...
Tapi yang kali ini, hanya Allah saja yang tahu..
Semoga dapat berjumpa ia kembali~~~
Pasti lebih baik hilang handphone daripada hilang orang yang tersayang...
Ok sebenarnya saya nak cerita benda lain...
Thursday, 5 November 2009
Kissing my passion... muah..
Jam sudah pukul 12....
Saya teringat-ingat ketika cuti musim panas di Malaysia, telatah anak-anak kecil itu bermain dalam fikiran saya... Saya rindukan saat-saat menjadi cikgu ketika itu.. Saya sukalah~~~
Saya tak sabar nak jadi cikgu...Saya bersyukur kerana berpeluang menjadi cikgu di Malaysia walaupun ianya hanyalah buat sementara waktu... Pengalaman itu sangat berharga.. Ada rakan-rakan tanya, kenapa nak kerja masa cuti? Tak cukup ke duit allowance? You know what? Bukanlah soal duit cukup atau tidak.. tetapi pengalaman menjadi cikgu itu lebih bernilai daripada harga upah RM 40 sehari jadi cikgu sementara di Malaysia.
Syukur saya tidak berfikiran seperti mereka yang mahu 'spent' cuti musim panas semata-mata untuk berada di rumah dan berehat-rehat. Darah muda saya selalu memberontak mencari peluang untuk bergerak. Hehe.. Apa barang cuti dok berehat di rumah je, tak challenging la beb!!!! Tak remaja la...macam orang tua suka dok umah..tak pun macam orang baru kahwin..suka dok umah jugak~~ Huhuhu....tak kutuk sesape....
Secara logik dan rasionalnya, amatlah rugi jika saya spend cuti saya hanya untuk tengok TV dan berada di rumah. Oh sungguh bosan!!!!! Bukankah lebih baik saya buat kerja volunteer bersama community masyarakat daripada saya duduk senyap-senyap dalam rumah. Saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan penyataan saya ini. Hehehe..tapi saya yakin, lagi ramai yang bersetuju~~~ Hi hi hi...
Saya juga amat bersyukur kerana permohonan saya untuk buat placement di sekolah pendidikan khas di Cardiff diterima dan peluang ini tidak saya sia-siakan begitu saja.. Haha.. Saya berharap agar suatu hari nanti saya dapat menjadi antara pioneer yang mengubah cara pembelajaran dan pengajaran untuk kanak-kanak pendidikan khas di Malaysia. Mungkinkah itu akan berlaku? I know it will be a hard work tapi saya yakin saya akan rasa puas bekerja untuk itu~ Menjadi seorang guru pendidikan khas yang cemerlang~~ Apalah gunanya jika saya dihantar untuk belajar di sini (Cardiff) dalam bidang pendidikan khas dan saya pulang ke Malaysia hanya untuk menjadi guru biasa~~ Ehem.ehem..maksud saya..guru typical yang hanya datang sekolah untuk mengajar.... Saya perlu menjadi lebih dari itu~~
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang mulia ini, mari kita sama-sama tingkatkan mutu ke'profesional'an guru di Malaysia. Bukan hanya untuk menjadi guru biasa tetapi menjadi yang LUAR BIASA...hehe.. semangat tak?? semangat tak??
Oh saya memang bersemangat jika bercerita tentang hal ini...Kan best kalau anda dapat membayangkan bagaimana saya bercakap di hadapan anda tentang hal ini~~~~ Heh heh heh.. Pastinya anda akan lebih bersemangat dengan apa yang anda lakukan kan~~
Semoga semangat saya ini tidak hanya ter'abadi' sebagai sebuah entry blog atau kata-kata kosong. Pastikan anda suka apa yang anda lakukan untuk masa depan!! Di situlah timbulnya semangat~~~
Disitulah datangnya KEPUASAN!!!!!!!






